Wednesday, October 22, 2008

LUBUK GASING : Pulau Tawar









Hasil di lubuk gasing : Pari,Begahak,Lais,Udang Galah..
Umpan : Cacing Sungai & Anak Udang Paya
Ahlul Komplot : aku dan Ayip.
Lubuk gasing...terletak di tengah tengah antara dua buah kampung iaitu pulau tawar dan kg. batu leja...adalah lubuk yang begitu popular dan sering dikunjungi oleh pemancing - pemancing sekitar pulau tawar,bukit nikmat,dan daerah jengka....mendapat gelaran dari keadaan arusnya yang berpusing ..terdapat hampir 5 teluk di lubuk yang sepanjang 100 meter ini..



tebingnya agak mendatar dan semakin curam apabila semakin hampir ke hujung tanjung (kuala anak sungai pahang iaitu sungai tekam )...agak menyukarkan pemancing untuk pergi kelubuk tersebut...tetapi apabila telah sampai ...apabila kena dengan masa dan air yang sesuai pasti pemancing tidak akan berputih mata..kerana ikan2 dilubuk ini agak bagak2 juga.



keadaaan lubuk : berarus berpusar ,banyak terdapat batu batu besar didalam sungai,dasar yang berpasir dan sedikit berlumpur.


Spesies Ikan : Begahak,baung , kaloi,tengalan,udang galah,ketuka,lais dan tomalian ....adalah spesies yang biasa dinaikkan disini.


Diet pemakanan : Udang dan cacing sungai sepanjang tebing sungai pahang adalah yang paling laku ( dari pengalaman saya) ... tetapi sawit,cacing tanah ,cengkerik dan ara juga tidak kurang efektifnya... apapun keadaaan air dan sedikit nasib adalah penting untuk menentukan keberuntungan anda.....lure juga perlu dibawa kerana ada pemancing ditempat saya kehilangan lure akibat di baham rakus dek ikan begahak ...bayangkan ...beliau telah diasak selama 20 minit sebelum ikan berjaya membuat pecutan yang berjaya memutuskan tali utama beliau 35paun mono....tapi berbaloi juga sebab dier dah dapat 5 ekor begahak dengan yang paling besar seberat 5 kilo....
Peralatan perang : Tali yang disyorkan ialah 15 - 20 paun ( mengelakkan putus ketika ikan cuba ke kawasan berbatu ),batu ladung saiz 4-6 paling sesuai (lubuk dan kawasan berarus ) dan mata kail cap EAGLE CLAW Sz : 9-14 adalah paling sesuai.
Pesanan Penaja : Jangan lupa bawa bekalan ubat ..kadang2 walaupun ubat balm pun dapat membantu ketika kecemasan ...heheheheehe...itulah pengalaman aku bila ayip kena sengat tebuan yang buat sarang atas pokok... kekekekkeke




1 comment:

Samsuri Wahid said...

Tabik la pada tuan. Pemancing yg tak kedekut ilmu dan maklumat mcm ni lah yg kita nak. Terbaik!!!