:- pemandangan dilubuk belimbing pada bulan jun 2008.Nawaitu untuk menulis tentang memancing di sungai pahang nie dah lama tercetus dalam kepala otak aku.... ermmm...tidak lah selengkap dan sebaik mana mana jurnal yang telah ditulis oleh pakar..pensyarah..atau prof ditempat aku kerja nie.. cuma sekadar suka2.... manalah tahu ..maybe dengan pengalaman yang telah aku tempuhi ketika memancing disitu boleh memberi 1001 manfaat buat semua kaki pemancing tegar yang baru nak mencuba untuk menduga sungai pahang.. atau otai otai yang dah lama berkecimpung tapi banyak "membangau" aka KUMPAU sahaja setiap trip ..hehehehehehe....
Tentang sejarah sungai pahanhg nie ..rasa2 semua anak malaysia dah belajar /terdengar tentangnya ...so ..aku hanya akan menceritakan perihal lubuk2 yang telah aku kunjungi di area tempat aku memancing ( dari maran membawa ke jerantut ).... tetapi macam biasalah lain lubuk ..lain ikan nya...dan lain lah pula diet pemakanannya....
Antara Lubuk - lubuk yang terkenal ditempat ku ... lubuk gasing,lubuk pelam,lubuk kuala tekam,lubuk batu kurap,lubuk batu leja,lubuk bukit nikmat,lubuk perahu,lubuk batu sawar,pam sedut air batu sawar,kuala salan,lubuk chenor,lubuk serengkam ,lubuk kg. belimbing,lubuk surau mat kilau,lubuk kg. lada,kuala putus kepala ...... mungkin anda pelik mendengar nama lubuk2 nie tetapi itulah nama yang diberikan oleh penduduk setempat dan nama yang kami cipta sendiri... kekekekeke.....
So.... dari lubuk - lubuk inilah @ lubuk baru yang aku temui akan aku ceritakan keistimewaan dan spesies2 ikan yang menghuni dan berjaya ditangkap oleh aku dan group aku ( STILL CARI NAMA KUMPULAN ) ....tentang umpan yang mujarab dan teknik2 memancing yang mungkin boleh dipraktikkan .
No comments:
Post a Comment